January 31, 2012

Sakit gigi.


Argh, sakit, memang sakit.

Sakit gigi memang antara sakit yang mengancam kesakitannya. Allah izin minggu lepas gigi geraham atas belah kiri tiba-tiba terasa sakit. Tiada kata yang dapat meggambarkan denyut kesakitan yang dialami. Tambahan minggu itu pula ada test dan quiz yang menanti. Fuyoh, pressure plus tension plus sakit.

Sakit berhikmah.

Sebagai seorang muslim saya percaya bahawa disebalik setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Pasti, sangat pasti. Dan pastinya kesakitan yang mengganggu ini mengandungi sesuatu yang hendak diberikan oleh Allah S.W.T. Malam hari saat gigi mula sakit memang tak boleh tidur. Sakitnya smapai terbangun pukul 4 pagi kerana menahan sakit. Mujur ada panadol yang dibawa dari Malaysia. Bolehla tahan sikit untuk 4-5 jam seterusnya.

Keesokan paginya ada meeting untuk Daawah Booth UTM MSA. UTM MSA adalah singkatan untuk University of Toronto at Mississauga Muslim Student Association, persatuan pelajar muslim di universiti saya. Semester ini UTM MSA menggerakkan inisiatif untuk mengadakan booth seminggu sekali di sekitar universiti untuk menerima persoalan komuniti kampus mengenai Islam. Saya pastinya tiada pengalaman dalam perkara sebegini tapi rasa tertarik untuk melihat dan mengambil pengalaman dari komuniti muslim disini.

Argh, gigi masih sakit lagi.

Meeting itu disertai oleh beberapa orang brothers yang lain. Saya tiada pengalaman ke klinik sebelum ini jadi saya bertanya kepada seorang brother sekadar untuk mendapatkan info.

Assalamualaikum brother, have you been to any clinics before?
You mean the daawah clinics?
No, no. The health clinics, dental clinics to be exact.
Owh, dental clinics, sorry I thought you mean the daawah clinics just now. Haha.

Huhu, mantap betul kalau cari daawah clinics. alhamdulillah Allah izin brother tu memang familiar dengan klinik gigi berdekatan. Dia suggest kepada saya untuk ke klinik yang dia biasa dapatkan rawatan.

Are you okay to go to the clinic that I used to?
I'm fine. No problem at all.
All right, i'll make an appointment with the doctor and I'll take you there. The doctor is Dr. Hassan El-Awour. I'll try and check the latest appointment for today, and if we cannot make it we'll go on friday. So, basically we have two options. Is it okay with you?
Sure, no problem.

Subhanallah, Allah mempermudahkan segalanya. Ini first time sembang dengan brother ni. Tengok-tengok terus dia offer untuk bawa saya berjumpa dengan doktor. Mashallah osemnya brother ni. Allah izin haritu temujanji semuanya penuh. Kami akan ke klinik pada hari jumaat.

Trip tarbawi.

Ahamdulillah sayyidul ayyam pun tiba. Malam tadi dapat satu emel dari brother tu. Mashallah rupanya dia dah siapkan instruction untuk ke klinik tu dalam word doc. Siap nombor bas dengan masa bas datang dan bertolak. Serba lengkap.

Hari tu keluar kelas awal sikit sebab nak kejar bas pukul 10 pagi tu.

Nama brother ni Karam. Dia berasal dari Ramallah, Palestin. Katanya datuknya berasal dari wilayah Khalil jadi keluarga mereka mesra digelar Khalili (merujuk kepada wilayah asal mereka). Tapi sekarang takde nak jumpa Khalil dah, dalam peta mungkin kita akan jumpa Hebron. Memang sejak penaklukan Palestin nama-nama wilayah sekitar telah ditukar kepada nama-nama yahudi.

Lahir di Arab Saudi dan zaman kanak-kanaknya dihabiskan di Palestin dan Saudi. Sudah hampir 11 tahun keluarganya menetap di Kanada. Raut wajahnya sangat tenang dan bercahaya. Kira boleh hilang gundah gulana dengan menatap wajah dia ni. Perwatakannya soleh dan kini di tahun dua pengajian perdagangan.

Brother Karam ini seorang yang sangat cenderung kepada idea 'jalan yang paling dekat kepada Allah adalah melalui penghayatan kepada penciptaanNya'. Allah izin dia merupakan khatib kedua untuk solat jumaat di kampus pada hari tu. Dan dia bercadang untuk mengetengahkan tajuk ini didalam khutbahnya.

Subhanallah perjalanan hampir sejam itu kami isi dengan perbincangan mengenai isi khutbahnya. Saya dalam jurusan biologi jadi dia minta banyak pendapat sebab fakta-fakta yang nak dibawa dalam khutbah nanti keseluruhannya terkait dengan ilmu biologi. Disini mungkin akan saya kongsikan sedikit dari perkongsian kami :

1)Perasan tak tatkala kita melihat seseorang sedang tidur badannya akan beralih kekanan dan kekiri. Pergerakan ini amat penting bertujuan untuk meminimumkan tekanan pada satu sisi badan sahaja. Menariknya lagi Allah tak beri kita pusing satu arah (kekanan sahaja atau kekiri sahaja). Bayangkanlah kalau kita pusing satu arah je ! Ini ada Allah firmankan, 'Dia yang membolak balikkan kamu ketika tidurmu'.


Dalam tidur pun Allah jaga kita ^_^ 

2)Ikan Allah ciptakan dengan mekanisma yang unik dimana mereka dapat analisa tekanan didalam air. Aspek ini sangat penting kerana tekanan di permukaan dan di lautan dalam sangat berbeza. Di lautan dalam, tekanannya terlalu tinggi dan ikan yang tinggal disitu telah dilengkapi dengan organ dan struktur untuk menghadapi tekanan itu. Profesor saya kata, ada researcher yang bawa ikan dari laut dalam ke permukaan dan ikan ini meletup kerana badan mereka tidak dapat tahan tekanan yang rendah.


Ikan pun Allah aturkan urusannya ^_^

3)Kita mungkin melihat batu sebagai satu objek biasa. tapi bagi yang belajar dan mengambil subjek geologi seperti saya kita akan melihat batu-batu yang Allah cipta telah direka dengan penuh kompleks dan struktur yang rapi. Kebanyakan batu mempunyai struktur kristal tersendiri dialam mikro. Dan apabila dipecahkan, sesetengah batu akan membentuk pecahan-pecahan dengan bentuk tersendiri. Ada yang pecah menjadi kiub-kiub kecil (Quartz), rombus-rombus kecil (Halite) malah ada yang pecah menjadi kepingan-kepingan senipis kertas (Biotite).




Indah aturan Allah hatta batu sekalipun ^_^
(Biotite-Anda boleh 'koyakkannya' menjadi keping-kepingan)
 



Dan banyak lagi.

Subhanallah. Tuhan kita Maha Pencipta.

Bother Karam juga sempat memetik ayat Quran yang sungguh istimewa. Yang menceritakan perihal Tuhan kita. Tatkala Nabi Musa a.s ditanya oleh Fir'aun mengenai Tuhannya. Musa a.s berkata:




"Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap sesuatu kejadiannya, kemudian memberikannya petunjuk."


Penutup.

Subhanallah.

Sakitku kali ini bererti.

Buat yang bisa mengambil tafsir.

3 comments: