February 25, 2011

Ini ILAHku, Apakah ILAHmu?

-Bersama rakan-rakan di surau Taylor's College-



Rumah No 37, Taman Berjaya.
Beberapa tahun dahulu.

Hatiku tersentak.

Memoriku berputar.

Kembali ke beberapa tahun dahulu sewaktu umurku masih belasan tahun.

Seorang insan yang telah mewarnai perjalanan tarbiyyahku.

Dia, ibuku.

Seorang wanita berjiwa cekal. Seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang guru di sekolah. Hurm, istemewanya dia bagiku kerana selain semuanya itu, dia murabbiyah unggul dirumah kepada anak-anaknya.

Cukup untuk aku katakan betapa bersyukurnya aku lahir daripada kandungan seorang ibu mithali ini. Seorang ibu yang Allah telah bekalkan dengan kefahaman Islam sehingga dirinya itu dapat membimbing aku sejak dari kelahiranku untuk melayari bantera kehidupan ini.

Itu ibuku.

Tidak cukup agaknya pena ini hendak menulis bingkaian kehidupan wanita pertama dalam hidupku ini. Seorang yang kehidupannya menjadi cerminan buatku dalam semua gerak langkah hidupku.

Tapi.

Aku tetap ingin berkongsi.

Satu pengajaran berharga yang aku dapat dari ibuku.

Umurku waktu itu belasan tahun, mungkin di tingkatan 1 atau 2.

Satu ketika waktu maghrib, di ruang tamu rumahku. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Kebetulan waktu itu pukul 7.30 malam. Huh, cerita Doraemon sedang ditayangkan. Menjadi kemestian bagi kami waktu kecil-kecil dahulu untuk menonotonnya. Cerita animasi Jepun itu selalunya ditayangkan selepas animasi Crayon Shin Chan yang keudara pada pukul 7 malam.

Kemudian datanglah sosok tubuh itu kepada aku dan adik-adikku.

“Dah masuk waktu ni, pergi mandi ikut ayah pergi solat maghrib di surau”, kata-katanya menghembus.

Aku dan adik-adik terus menonton. Ibu sangat baik kepada kami. Tak pernah dia meninggikan suara memarahi kami. Doraemon yang sedang ditayangkan itu terus kami tonton.

Ibu tidak cepat melatah, bahkan dia seorang murabbiyah.

“Kalau seseorang tu dia mengutamakan sesuatu itu lebih daripada sesuatu yang lain maknanya dia telah menjadikan perkara itu ILAHnya. Kalau lebih utamakan Doraemon, Doraemon itulah yang jadi ILAH kita”, ibu menambah.

Ketika itu.

Aku tidak mengerti.

Tidak mengerti.

Tapi.

Ketika ini.

Aku sangat mengerti.

Persoalan ILAH ini rupanya sangat ‘crucial’ dalam kehidupan kita sebenarnya. Saat kita sebagai muslim melafazkan kalimah “asyhadu an la ILAH illa ALLAH”, saat itulah juga ‘turning point’ akan hakikat sebenar ILAH dalam kehidupan kita.

Kini, aku mengerti.

Allah adalah ILAH, ertinya hanya dia yang bisa dan berhak untuk kita sembah. Tiada keutamaan lain selain Allah. Tapi aku tidak sembah berhala, aku tidak mengaku ada kuasa-kuasa lain yang lebih hebat selain Allah dan aku sangat yakin kepada Allah. Masakan aku ada ILAH yang lain. ILAHku adalah Allah.

Tapi.

Aku ada banyak perkara yang lebih diutamakan daripada Allah. Aku lebih utamakan ‘homeworks’ dan menyiapkannya dibilik daripada berangkat untuk solat jemaah di surau, aku lebih utamakan tidurku daripada bangkit menyahut seruan azan, aku lebih sanggup bangun awal pagi untuk datang awal ke kelas daripada bangun untuk qiamullail, aku lebih rela solat lewat daripada terlepas kelas, aku lebih rela menatap novel-novel daripada membaca Al-Quran.

Aku lebih mengutamakan DUNIA daripada ILAHku.

Ternyatalah memori itu.

Memoriku bersama ibu dahulu rupanya telah menjernihkan fikrahku.

Di sana hakikatnya ada ILAH-ILAH lain yang menjadi ‘sembahan’ kita.

Cerita Doraemon itu menjadi saksi, ada ILAH lain di didalam diri.

Ku sering menguatkan ikrar ini di dalam diri.

ILAHku adalah Allah.

Ini ILAHku, Apakah ILAHmu?

February 20, 2011

No, never !



Taylor's College.
Jumaat,18 Februari 2010.

Wah..Jumaat kali ini cuacanya agak terik sedikit. Mungkin Allah mahu menganugerahkan ganjaran lebih buat kami hari ini.

Waktu Jumaat masuk pada jam 1.30 tengahari. Masuk waktu sedikit lewat buat 2 minggu mendatang ini. Bagi sesetengah orang mungkin merasakannya bonus, tapi bagi kami ada kelas pulak jam 2.15 petang. Huh, masjid yang terletak lebih kurang 300m daripada kolej sememangnya merupakan satu cabaran buat kami yang masih ada kelas pada jam 2.15. Lebih-lebih lagi bila waktu Zuhur pula makin lewat.

Aku bukannya tidak biasa. Semester lepas pun hal yang sama berlaku. Kelas di 'period 6' iaitu jam 2.15-3.30 petang memang merupakan ujian buatku. Habis solat jumaat pasti aku akan terus meluru keluar dan berlari untuk 'attend' kelas 'on time'.

Azan pun kedengaran dan khutbah pun bermula. Allahuakbar, khutbah pada hari ini sedikit panjang. Solat Jumaat selesai tepat jam 2.15 petang. Wah, sudah lewat nak ke kelas. 10 minit lewat dikira gagal menghadiri kelas.

Aku terus meluru keluar.

Terus berlari laju.

Untuk apa ye?

Mengejar waktu kelas yang bakal tiba.

'Full attendance' sangat penting untuk kami.

Supaya 'profile academic' kami bersih dan bagus.

Tapi.

Dalam larian kali ini aku terfikir. Wah, apakah yang menggerakkan kakiku untuk meluncur selaju ini semata-mata untuk 'attend' kelas 'on time'? Bagaimanakah mindaku boleh berfikir dengan pantas untuk melakukan ini? Kenapa aku mesti 'attend' kelas 'on time'. Ya, aku tahu ia satu tuntutan. Kewajipan bagiku sebagai seorang pelajar.

Tapi.

Hari ini aku bermuhasabah.

Muhasabah untuk apa ye?

Sedang dalam larian itu aku sempat berkongsi dengan seorang rakan yang sama-sama berlari bersamaku.

"Huh, kita sanggup berlari bersungguh-sungguh untuk 'attend' kelas. But those five times a day? Do we really care? I never see us running so desperately to reach surau for that? No, never! Not even me myself!"

Satu pelajaran buatku hari ini.

Seorang murabbiku pernah menukilkan.

"Untuk melakukan sesuatu, ianya bukan persolan kita malas atau tiada masa. Ianya persoalan sejauh manakah kita merasakan perkara itu PENTING bagi kita".

Where are our priorities?

Do we really care?

No, never!

Not even me myself!



February 14, 2011

Allah mengizinkan ku menjumpaimu..


Wahh...

Tak sangka akan bersua kembali dengan blog ni...

Huhu..tak pernah post ape-ape pun....

Baiklah !!

Insyallah..azamku untuk mewarnai blogku ini dengan tinta perjalanan tarbiyyahku...

"HASBIYALLAHU NI'MAL WAKIL"