Taylor's College.
Jumaat,18 Februari 2010.
Wah..Jumaat kali ini cuacanya agak terik sedikit. Mungkin Allah
mahu menganugerahkan ganjaran lebih buat kami hari ini.
Waktu Jumaat masuk pada jam 1.30 tengahari. Masuk waktu sedikit
lewat buat 2 minggu mendatang ini. Bagi sesetengah orang mungkin merasakannya
bonus, tapi bagi kami ada kelas pulak jam 2.15 petang. Huh, masjid yang
terletak lebih kurang 300m daripada kolej sememangnya merupakan satu cabaran
buat kami yang masih ada kelas pada jam 2.15. Lebih-lebih lagi bila waktu Zuhur
pula makin lewat.
Aku bukannya tidak biasa. Semester lepas pun hal yang sama
berlaku. Kelas di 'period 6' iaitu jam 2.15-3.30 petang memang merupakan ujian
buatku. Habis solat jumaat pasti aku akan terus meluru keluar dan berlari untuk
'attend' kelas 'on time'.
Azan pun kedengaran dan khutbah pun bermula. Allahuakbar, khutbah
pada hari ini sedikit panjang. Solat Jumaat selesai tepat jam 2.15 petang. Wah,
sudah lewat nak ke kelas. 10 minit lewat dikira gagal menghadiri kelas.
Aku terus meluru keluar.
Terus berlari laju.
Untuk apa ye?
Mengejar waktu kelas yang bakal tiba.
'Full attendance' sangat penting untuk kami.
Supaya 'profile academic' kami bersih dan bagus.
Tapi.
Dalam larian kali ini aku terfikir. Wah, apakah yang menggerakkan
kakiku untuk meluncur selaju ini semata-mata untuk 'attend' kelas 'on time'?
Bagaimanakah mindaku boleh berfikir dengan pantas untuk melakukan ini? Kenapa
aku mesti 'attend' kelas 'on time'. Ya, aku tahu ia satu tuntutan. Kewajipan
bagiku sebagai seorang pelajar.
Tapi.
Hari ini aku bermuhasabah.
Muhasabah untuk apa ye?
Sedang dalam larian itu aku sempat berkongsi dengan seorang rakan
yang sama-sama berlari bersamaku.
"Huh, kita sanggup berlari bersungguh-sungguh untuk 'attend'
kelas. But those five times a day? Do we really care? I never see us running
so desperately to reach surau for that? No, never! Not even me myself!"
Satu pelajaran buatku hari ini.
Seorang murabbiku pernah menukilkan.
"Untuk melakukan sesuatu, ianya bukan persolan kita malas
atau tiada masa. Ianya persoalan sejauh manakah kita merasakan perkara itu PENTING bagi kita".
Where are our priorities?
Do we really care?
No, never!
Not even me myself!
Subhanallah..Terasa benar di hati ini..
ReplyDeleteTeruskan usaha murni ini,akh..
Akhi, teruskan menulis.. :)
ReplyDeleteSharing menarik chor!
ReplyDeleteTeruskan dengan pena anta.
Sama-sama kita tingkatkan diri.
Doakan ana. :)
assalam..ana rasa tersentuh dgn nukilan tinta enta ni..ana harap enta akan menjadi yang terbaik daripada yang terbaik suatu hari nanti insyaALLAH..
ReplyDeleteimpossible is nothing and nothing is impossible..
ana berharap enta akan terus istiqamah dalam membuat nukilan2 akan datang agar setiap nukilan daripan tinta tarbiyah ini akan sentiasa memberi ruang kepada orang lain utk mendapat hidayah daripada Allah rabbul 'alamin..insyaAllah.. ana bukanlah orang yg mempunyai tarbiyah yang hebat mcm org lain sehingga dapat menulis blog yg begitu hebat..insyaALLAH..sedikit lebih baik daripada tiada apa2..
from: your sahabat(name cannot be display)
assalamu'alaikum..jazakallah
Tiada satu pun keputusan yg dibuat dalam hidup ini melainkan keputusan yg perlu dibuat supaya menepati kehendak Allah swt.Semoga sentiasa ikhlas dalam beramal.Ibu
ReplyDeleteBuat anonymous 1:
ReplyDeleteRasa hati kita milik Allah..doakan ana sekali
Buat Don :
Antara pemangkin terbaik adalah sahabat soleh, doakan diberi kekuatan..
Buat Udin :
Peningkatan diri bukan suatu yang mudah, sebab itu nta betul, sama-sama kita..
Buat anonymous 2 :
Mohon Allah beri KITA kekuatan..
Buat Ibu :
Tiadalah yang lebih diharapkan seorang anak daripada doa seorang ibu kepadanya dirinya.. terima kasih ibu..
Alhamdulillah. jazakallah akhi. semoga Allah ttap kan kita di jalanNYA..
ReplyDeleteteruskan usahamu...
ReplyDelete