March 12, 2014

Humor sebagai wahana kritik sosial.

Dalam penyampaian Dr Tareq Suwaidan di UKM dalam satu forum bertajuk ‘The Future of Islam’, Dr Tareq sempat membuat satu humor. Katanya:

3 orang rakan, dua orang berbangsa Eropah (katakan Britain dan Itali) dan seorang lagi berbangsa Arab. Satu ketika mereka menjelajah ke Britain. Rakan Inggeris mereka berkata, “lihat jambatan itu, harganya 1.2 juta dolar sedangkan ianya mampu dibina dengan hanya 1 juta dolar. Mereka kemudian ke Itali dan rakan Itali berkata “lihat jambatan itu, harganya 1.5 juta dolar sedangkan ianya mampu dibina dengan hanya 1 juta dolar”. Kemudian mereka ke Negara Arab dan rakan Arab mereka berkata, “lihat jambatan itu, harganya 5 juta dolar sedangkan ianya mampu dibina dengan hanya 1 juta dolar”. Dua rakan berbangsa Eropah mereka betanya “Er, mana jambatannya?”.

Humor seperti ini mampu menarik atau capture the audience. Ianya berhasil kerana umum mengetahui akan konteks humor itu. Masyarakat tahu bahawa humor ini berlandas kepada realiti situasi masyarakat yang sebenar. Kerana itu ada juga istilah inside joke dimana sesetengah sahaja mampu menangkap maksudnya kerana konteksnya yang spesifik.

Kita tidak akan mudah melabel Dr Tareq seorang rasis dengan lawaknya itu walaupun lawaknya tampak begitu. Kita mungkin berkata, ini rasis, benarkah semua Arab begitu? Tetapi itu bukan maksud yang hendak disampaikan. Humor ini digunakan oleh Dr Tareq untuk highlight masalah besar yang sedang melanda masyrakat Arab umumnya. Gejala rasuah yang berleluasa menyebabkan majoriti Negara Arab (walaupun kaya sumber) mundur 30-40 tahun dibelakang berbanding negara-negara gergasi Eropah. Dan jikalau masalah ini tidak mampu diatasi dalam masa terdekat, usahlah berharap akan masa hadapan Islam yang cerah dalam garis masa kehidupan kita.

Benar, mustahil semua Arab bersifat begitu. Dan untuk generalize adalah salah atau kurang tepat. Generalization salah? Saya mohon berbeza. Dr Norman Finkelstein dalam eseinya bertajuk “On the Utility of labels” menulis:

It is sometimes asserted that any generalization about a group of people is wrong, even if it is harmless and even if it is fact-based. This strikes me as an untenable position.

A generalization is simply something that is generally true. We all live, and cannot but live, on the basis of generalizations. If the morning weather report forecasts a 70 percent chance of precipitation, it means that in weather conditions like today, it has generally rained. The sensible thing would be to take an umbrella along.

At the level of human interaction, if you were a Black man in the American South in the 1950s, it would not have been smart to walk into a bar on the White side of town with a White woman because most Southerners were racists. Indeed, towards the end of his life, Martin Luther King, Jr. concluded that most White Americans, not just Southerners, were racists. It almost certainly was, and probably still is, an accurate generalization.

The fact is, in some circumstances the sensible thing is to generalize about a group of people,
whereas the foolish thing is not to generalize about them.”

Justeru saya rasa satu tindakan bodoh jika kita menghentam Dr Tareq dan mengatakan beliau rasis, tidak sensitif, tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Saya katakan ini tindakan bodoh kerana masalah disini bukannya Dr Tareq, tetapi adalah masalah rasuah yang dikritiknya melalui humornya tadi. Kata Dr Finkelstein:

“The only relevant concern, it is said, should be whether or not the generalization is true.”

Benar tentukan samada ianya benar, dan mulakan langkah untuk membaiki masalah sosial yang di-address melalui humor itu, bukan semberono menyerang peribadi sang pengkritik. Serangan sebegini adalah tindakan bodoh dan membuang tenaga dan masa.

Tiada siapupun menghentam Dr Tareq mengenai perkara ini. Ianya cuma saya bawakan sebagai satu contoh. Dalam masyarakat kita kalau orang cakap “ini janji Melayu ke janji Islam?” bukanlah bermaksud mahu mempersenda Melayu tetapi kritik sosial tentang masyarakat Melayu yang umumnya ambil tidak endah dan tidak serius tentang masa. Kalau ada sheikh mengatakan “International Women Day is great, but starting tomorrow, it’s 364 International Men’s Day again, so stick that in your oven and cook it” bukanlah maksudnya untuk merendahkan wanita, tapi merupakan kritik sosial beliau kepada gerakan feminis, yang beliau lihat memperjuangkan kesamarataan atas dasar konflik antara gender dan juga secara tidak langsung kritik beliau kepada masyarakat lelaki, Muslim utamanya yang masih lembap dan opresif terhadap hak asas wanita (lelaki mampu gelak dngan humor ini kerana mereka tahu that the rest of the days are for them, they simply do not get the point that they should change this attitude, that the rest of the days should belong to THEM (men and women) together).

Kita kena sedar bahawa perkara-perkara yang dikritik ini hanya boleh menjadi humor/lawak kerana ianya benar-benar berlaku dalam masyarakat. Dan kita akhirnya perlu akui bahwa ianya satu realiti. Kerana itu humor akan kekal relevan sebagai wahana kritik sosial dalam masyarakat.


Artikel ini bukan bertujuan untuk membela sesiapa. I have no interest in doing so. Artikel ini adalah kritik sosial saya kepada masyarakat yang bagi saya missing the point or missing the target dalam mengendalikan isu-isu sebegini. Halakan tenaga dan masa kearah kritikan yang diberi bukan meroyan menyerang peribadi sang pengkritik.

No comments:

Post a Comment