“Apabila gerhana,
burung-burung tidak pulang
kesarangnya kerana mereka tahu bahawa hari masih terlalu awal dan malam masih
belum tiba manakala segala kegelapan yang sedang menyeliputi itu hanyalah
sementara dan
sampai saatnya mentari kan megah menyinarkan cahayanya dan menerangi segala
kekelaman yang membuahkan keraguan dan keputus asaan itu.
Begitu
juga Da'ie,
yang merindukan saat pertemuan
dengan Robbnya; dalam apa saja kegelapan dan tekanan ia takkan pernah berputus
asa dan harapan bahkan sentiasa mencari ruang peluang untuk mengekspresikan
keimanannya kepada PEMILIK diri, alam dan kehidupan.
Ia
lalu cuba mempelajari sunnatullah
tentang liku-liku perjalanan mencari Mardhatillah sehingga jiwanya menjadi
lapang dan pasrah berdepan dengan apa saja ujian.
Cintanya
pada PEMILIK Syurga menjadikan
segala kesulitan kembali terungkai, yang berat menjadi ringan,perjalanan yang
jauh terasa dekat dan segala keresahan dan keraguan terungkai menjadi
bunga-bunga yang harum mewangi.
Hatinya
terasa begitu dekat dengan
perjuangan Rasul tercinta hingga terasa seperti segala luka-luka dan keperitan
Baginda seperti mengenai tubuhnya sendiri hingga terasa hati mereka seumpama
bertemu dan membuahkan Cinta dan Rindu.
Semakin
perit
perjalanannya semakin penuh hatinya
dengan kecintaan dan kerinduan bahkan cinta dan rindu itu mengusir segala
kedukaan dan keresahan.
Cinta
itu
menjadikan hatinya kembali
bercahaya, lalu dengan cahaya itu ia menoleh semula melihat kehidupannya dan
ternyata segalanya terlalu berbeza.
Cahaya
cinta
itu telah menyingkapi segala kegelapan lalu ia kini sedar bahawa segala bayangan yang menakutkan dan mengecewakannya sebelum itu adalah taman-taman yang begitu indah.
itu telah menyingkapi segala kegelapan lalu ia kini sedar bahawa segala bayangan yang menakutkan dan mengecewakannya sebelum itu adalah taman-taman yang begitu indah.
Bayangan
lembaga hitam yang menggerunkan
jiwanya ialah pohonan hijau yang menenangkan jiwa, jeriji-jeriji
disekelilingnya adalah pagar-pagar yang indah dan menenangkan.”
-Cikgu Azmi Bahari-
-Cikgu Azmi Bahari-
No comments:
Post a Comment