February 25, 2011

Ini ILAHku, Apakah ILAHmu?

-Bersama rakan-rakan di surau Taylor's College-



Rumah No 37, Taman Berjaya.
Beberapa tahun dahulu.

Hatiku tersentak.

Memoriku berputar.

Kembali ke beberapa tahun dahulu sewaktu umurku masih belasan tahun.

Seorang insan yang telah mewarnai perjalanan tarbiyyahku.

Dia, ibuku.

Seorang wanita berjiwa cekal. Seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang guru di sekolah. Hurm, istemewanya dia bagiku kerana selain semuanya itu, dia murabbiyah unggul dirumah kepada anak-anaknya.

Cukup untuk aku katakan betapa bersyukurnya aku lahir daripada kandungan seorang ibu mithali ini. Seorang ibu yang Allah telah bekalkan dengan kefahaman Islam sehingga dirinya itu dapat membimbing aku sejak dari kelahiranku untuk melayari bantera kehidupan ini.

Itu ibuku.

Tidak cukup agaknya pena ini hendak menulis bingkaian kehidupan wanita pertama dalam hidupku ini. Seorang yang kehidupannya menjadi cerminan buatku dalam semua gerak langkah hidupku.

Tapi.

Aku tetap ingin berkongsi.

Satu pengajaran berharga yang aku dapat dari ibuku.

Umurku waktu itu belasan tahun, mungkin di tingkatan 1 atau 2.

Satu ketika waktu maghrib, di ruang tamu rumahku. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Kebetulan waktu itu pukul 7.30 malam. Huh, cerita Doraemon sedang ditayangkan. Menjadi kemestian bagi kami waktu kecil-kecil dahulu untuk menonotonnya. Cerita animasi Jepun itu selalunya ditayangkan selepas animasi Crayon Shin Chan yang keudara pada pukul 7 malam.

Kemudian datanglah sosok tubuh itu kepada aku dan adik-adikku.

“Dah masuk waktu ni, pergi mandi ikut ayah pergi solat maghrib di surau”, kata-katanya menghembus.

Aku dan adik-adik terus menonton. Ibu sangat baik kepada kami. Tak pernah dia meninggikan suara memarahi kami. Doraemon yang sedang ditayangkan itu terus kami tonton.

Ibu tidak cepat melatah, bahkan dia seorang murabbiyah.

“Kalau seseorang tu dia mengutamakan sesuatu itu lebih daripada sesuatu yang lain maknanya dia telah menjadikan perkara itu ILAHnya. Kalau lebih utamakan Doraemon, Doraemon itulah yang jadi ILAH kita”, ibu menambah.

Ketika itu.

Aku tidak mengerti.

Tidak mengerti.

Tapi.

Ketika ini.

Aku sangat mengerti.

Persoalan ILAH ini rupanya sangat ‘crucial’ dalam kehidupan kita sebenarnya. Saat kita sebagai muslim melafazkan kalimah “asyhadu an la ILAH illa ALLAH”, saat itulah juga ‘turning point’ akan hakikat sebenar ILAH dalam kehidupan kita.

Kini, aku mengerti.

Allah adalah ILAH, ertinya hanya dia yang bisa dan berhak untuk kita sembah. Tiada keutamaan lain selain Allah. Tapi aku tidak sembah berhala, aku tidak mengaku ada kuasa-kuasa lain yang lebih hebat selain Allah dan aku sangat yakin kepada Allah. Masakan aku ada ILAH yang lain. ILAHku adalah Allah.

Tapi.

Aku ada banyak perkara yang lebih diutamakan daripada Allah. Aku lebih utamakan ‘homeworks’ dan menyiapkannya dibilik daripada berangkat untuk solat jemaah di surau, aku lebih utamakan tidurku daripada bangkit menyahut seruan azan, aku lebih sanggup bangun awal pagi untuk datang awal ke kelas daripada bangun untuk qiamullail, aku lebih rela solat lewat daripada terlepas kelas, aku lebih rela menatap novel-novel daripada membaca Al-Quran.

Aku lebih mengutamakan DUNIA daripada ILAHku.

Ternyatalah memori itu.

Memoriku bersama ibu dahulu rupanya telah menjernihkan fikrahku.

Di sana hakikatnya ada ILAH-ILAH lain yang menjadi ‘sembahan’ kita.

Cerita Doraemon itu menjadi saksi, ada ILAH lain di didalam diri.

Ku sering menguatkan ikrar ini di dalam diri.

ILAHku adalah Allah.

Ini ILAHku, Apakah ILAHmu?

5 comments:

  1. semoga trus teguh di jalanNya

    ReplyDelete
  2. kantoi, suka tengok doreamon... huhuhu

    ReplyDelete
  3. kirim salam kat mak cik norizan yer zul....

    ReplyDelete
  4. Meremang bulu roma ana baca. Serius !

    Betapa bnyaknya ILAH yang meliputi kehidupan kita selama ni. Tanpa kita sedari ataupun tidak.

    Itu tidak dikira menjadikan sahabat-sahabat dan orang lain sebagai ILAH lagi.

    Depan manusia dan shbt2, kita begitu tekun melakukan amal ibadat. tapi bila tiada manusia, kita malas melakukan.

    Sungguh "Tiada sembahan lain selain Allah" sangat agung ungkapannya.

    ReplyDelete
  5. akhi.. Moga Allah terus thabatkan enta..
    Zulfaqar yg ana kenal dahulu.. kini hebat.. Alhamdulillah.. Kagum ana..
    Role-model Tarbiyah..

    ~Rafhan2R

    ReplyDelete