Dalam
penyampaian Dr Tareq Suwaidan di UKM dalam satu forum bertajuk ‘The Future of
Islam’, Dr Tareq sempat membuat satu humor. Katanya:
3 orang rakan, dua orang berbangsa Eropah (katakan
Britain dan Itali) dan seorang lagi berbangsa Arab. Satu ketika mereka
menjelajah ke Britain. Rakan Inggeris mereka berkata, “lihat jambatan itu,
harganya 1.2 juta dolar sedangkan ianya mampu dibina dengan hanya 1 juta dolar.
Mereka kemudian ke Itali dan rakan Itali berkata “lihat jambatan itu, harganya
1.5 juta dolar sedangkan ianya mampu dibina dengan hanya 1 juta dolar”.
Kemudian mereka ke Negara Arab dan rakan Arab mereka berkata, “lihat jambatan
itu, harganya 5 juta dolar sedangkan ianya mampu dibina dengan hanya 1 juta
dolar”. Dua rakan berbangsa Eropah mereka betanya “Er, mana jambatannya?”.
Humor
seperti ini mampu menarik atau capture the audience. Ianya berhasil
kerana umum mengetahui akan konteks humor itu. Masyarakat tahu bahawa humor ini
berlandas kepada realiti situasi masyarakat yang sebenar. Kerana itu ada juga
istilah inside joke dimana sesetengah sahaja mampu menangkap maksudnya
kerana konteksnya yang spesifik.
Kita
tidak akan mudah melabel Dr Tareq seorang rasis dengan lawaknya itu walaupun
lawaknya tampak begitu. Kita mungkin berkata, ini rasis, benarkah semua Arab
begitu? Tetapi itu bukan maksud yang hendak disampaikan. Humor ini digunakan
oleh Dr Tareq untuk highlight masalah besar yang sedang melanda masyrakat Arab
umumnya. Gejala rasuah yang berleluasa menyebabkan majoriti Negara Arab (walaupun
kaya sumber) mundur 30-40 tahun dibelakang berbanding negara-negara gergasi
Eropah. Dan jikalau masalah ini tidak mampu diatasi dalam masa terdekat,
usahlah berharap akan masa hadapan Islam yang cerah dalam garis masa kehidupan
kita.
Benar,
mustahil semua Arab bersifat begitu. Dan untuk generalize adalah salah
atau kurang tepat. Generalization salah? Saya mohon berbeza. Dr Norman
Finkelstein dalam eseinya bertajuk “On the Utility of labels” menulis:
“It is sometimes asserted
that any generalization
about a group of people is wrong, even if it is harmless and even if it is
fact-based. This strikes me as an untenable position.
A generalization
is simply something that is generally true. We all live, and cannot but live, on
the basis of generalizations. If the morning weather report forecasts a 70
percent chance of precipitation, it means that in weather conditions like
today, it has generally rained. The sensible thing would be to take an umbrella
along.
At the level of
human interaction, if you were a Black man in the American South in the 1950s,
it would not have been smart to walk into a bar on the White side of town with
a White woman because most Southerners were racists. Indeed, towards the end of
his life, Martin Luther King, Jr. concluded that most White Americans, not just
Southerners, were racists. It almost certainly was, and probably still is, an
accurate generalization.
The fact is, in some circumstances the sensible
thing is to generalize about a group of people,
whereas the
foolish thing is not to generalize about them.”
Justeru saya rasa satu tindakan bodoh jika kita
menghentam Dr Tareq dan mengatakan beliau rasis, tidak sensitif, tidak
bertanggungjawab dan sebagainya. Saya katakan ini tindakan bodoh kerana masalah
disini bukannya Dr Tareq, tetapi adalah masalah rasuah yang dikritiknya melalui
humornya tadi. Kata Dr Finkelstein:
“The only
relevant concern, it is said, should be whether or not the generalization is
true.”
Benar
tentukan samada ianya benar, dan mulakan langkah untuk membaiki masalah sosial yang
di-address melalui humor itu, bukan semberono menyerang peribadi sang
pengkritik. Serangan sebegini adalah tindakan bodoh dan membuang tenaga dan
masa.
Tiada
siapupun menghentam Dr Tareq mengenai perkara ini. Ianya cuma saya bawakan
sebagai satu contoh. Dalam masyarakat kita kalau orang cakap “ini janji Melayu
ke janji Islam?” bukanlah bermaksud mahu mempersenda Melayu tetapi kritik sosial
tentang masyarakat Melayu yang umumnya ambil tidak endah dan tidak serius
tentang masa. Kalau ada sheikh mengatakan “International Women Day is great,
but starting tomorrow, it’s 364 International Men’s Day again, so stick that in
your oven and cook it” bukanlah maksudnya untuk merendahkan wanita, tapi
merupakan kritik sosial beliau kepada gerakan feminis, yang beliau lihat memperjuangkan
kesamarataan atas dasar konflik antara gender dan juga secara tidak langsung
kritik beliau kepada masyarakat lelaki, Muslim utamanya yang masih lembap dan
opresif terhadap hak asas wanita (lelaki mampu gelak dngan humor ini kerana
mereka tahu that the rest of the days are for them, they simply do
not get the point that they should change this attitude, that the rest of the
days should belong to THEM (men and women) together).
Kita
kena sedar bahawa perkara-perkara yang dikritik ini hanya boleh menjadi
humor/lawak kerana ianya benar-benar berlaku dalam masyarakat. Dan kita
akhirnya perlu akui bahwa ianya satu realiti. Kerana itu humor akan kekal
relevan sebagai wahana kritik sosial dalam masyarakat.
Artikel
ini bukan bertujuan untuk membela sesiapa. I have no interest in doing so.
Artikel ini adalah kritik sosial saya kepada masyarakat yang bagi saya
missing the point or missing the target dalam mengendalikan isu-isu
sebegini. Halakan tenaga dan masa kearah kritikan yang diberi bukan meroyan
menyerang peribadi sang pengkritik.