August 4, 2011

Memoir Cikgu Desa Senawi

Al-marhum Cikgu Desa (berbaju maroon) bersama Cikgu Omar


Eksposisi
Semangat dan stamina Murabbi ini kelihatan tidak cocok dengan sosok tubuhnya. Tapi itulah perihal murabbi tercinta al-Marhum Cikgu Desa Senawi. Mula berkenalan dengan al-marhum di MATRI ketika beliau mula memegang halaqah ana, yang ketika itu masih berada di tingkatan 4. Seorang guru yang cukup mengambil berat tentang pencapaian akademik anak didiknya, Cikgu Desa selalu berkongsi cerita, masalah dan perkembangan kelasnya terutama pelajar tingkatan 3. Besar harapan murabbi ini mahu melihat kejayaan anak didiknya.

Cikgu Desa seorang yang amat ceria bagi saya. Sentiasa penuh dengan senyuman. Pengalaman bersamanya bagaikan satu nostalgia yang tak dapat diulang ganti.

Halaqah Mingguan

            Halaqah mingguan merupakan program wajib bagi setiap pelajar di MATRI. Cikgu Desa merupakan ayah halaqah ana bersama-sama dengan sahabat Aiman Syafiq, Abdul Samad, Abdul Hasseeb, dan Ahmad Fikri . Silibus halaqah kami menggunakan buku “Maza Ya’ni Intimail Islam” karya Ustaz Fathi Yakan. Pada awal perjumpaan, cikgu menghadiahi kami pen dan buku catitan agar kami dapat manfaat lebih dalam setiap perjumpaan. Minggu demi minggu, topik demi topik kami habiskan bersama beliau.

            The best part of our halaqah is of course, the feast ! Ini memang part wajib bagi Cikgu Desa. Setiap kali habis halaqah  mesti ada jamuan ringan kadang-kadang berat, tapi cikgu memang istiqamahkan perkara ini. Anak-anak halaqah dia memang dah rasa semua jenis masakan Perlis, laksa Kuala Perlis, pulut mangga, pulut durian, air kelapa muda, nasi lemak dan berbagai jenis kuih-muih. Memang part yang kitaorang tunggu lepas habis halaqah, “Jom sorang ikut cikgu ambil makanan sikit dalam kereta”. Ya Allah, rindunya kami !

          Cikgu Desa memang  kreatif. Walaupun hanya mendapat pelajaran menerusi halaqah dan bukan secara 'direct' dalam kelas, tapi segala pelajarannya cukup membekas. Satu lagi part yang best dengan cikgu adalah waktu berkebun. Cikgu ada cakap bahawa kawasan angkat halaqah dia adalah satu ‘compound’ dekat tempat ambil wudhu’ belakang blok akademik lama MATRI. Kira ada masanya, halaqah kami akan berubah jadi waktu berkebun. Kami tanam bunga Jepun kat kawasan itu. Cikgu kata kalau tanam bunga ni, rumput lain memang tak boleh tumbuh. Kawasan itu memang jadi kawasan angkat kami, kami siram dan kadang-kadang cabut rumput liar yang cuba tumbuh. Cikgu cakap memang berkebun ni dah jadi tradisi halaqah pelajar dia. Pokok rambutan yang tumbuh antara Dobi dengan kantin  MATRI itu kata cikgu telah ditanam oleh ‘group’ halaqah abang Ammar Ismail bersama dia. Sekarang pokoknya besar merimbun, meredupi anak-anak MATRI.

Seorang Dai'e

        Banyak lagi kenangan bersama al-marhum di MATRI. Pernah ke Wang Mu pada musim durian, mencari durian dan makan pulut durian bersama. Pernah juga dia membawa kami ke rumahnya, mengait kelapa muda,dan minum airnya bersama. Pernah juga membawa kami menemaninya ke pasar minggu di Kangar mencari laksa beras dan makan laksa bersama di rumahnya. Pernah juga beramal jamaie bersamanya di Ladang Nenas Semadong dan berpeluh bersama.

Banyak, sungguh banyak !

Khatimah

Murabbi ini telah dikongsi oleh puluhan mungkin ratusan pelajar lain di MATRI. Ana rasa cukup bertuah kerana ALLAH memilih ana menjadi salah seorang daripda mereka. Sungguh pemergian murabbi ini adalah satu kehilangan buat Ummah ini. Namun, semangat dan keazaman beliau perlu dijadikan inspirasi dan dicontohi agar kita dapat ketemu dengan ruh ini di syurga nanti.

Sama-sama kita berdoa !

"Dan (pula) orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka itu berkata; "Ya Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-­saudara kami yang telah men­dahului kami dengan imandan janganlah Engkau jadikan di da­lam hati kami rasa dengki kepada orang-orang yang beriman; Tuhan kami! Sesungguhnya Eng­kau adalah Maha Penyantun, Maha Penyayang."
(Al-Hasyr : 10)

Respon-respon bekas pelajar

Ana pernah berlatih sempena merentas desa dengan sir Desa..nampak semangat yang membuak2 dalam diri dia..ana dan adik kita,Thaqif Kamdani berlatih di bukit berdekatan dengan rumah Salman Sukri..waktu berlatih, Sir Desa nampak seperti tak mampu untuk mengejar kami..tapi,almarhum tetap menghabiskan larian..begitu juga sewaktu berlatih di tasik melati..juga bersama Thaqif..larian tetap dihabiskan dengan LARIAN, bukan dengan berjalan..malu juga ana dengan almarhum,sebab ana pancit juga,tapi,sir tak berhenti langsung..lepas berlatih, mesti ada jamuan..seperti halaqah, sir juga akan menjamu kami dengan juadah selepas berlatih..semoga ALLAH rahmati rohnya..amin. (Abdul Malek, SPM 2009)

"Almarhum banyak berjasa kepada diri ini. Almarhum menjadi ayah angkat semasa diri ini tingkatan 4 dan 5 di Ma'had Attarbiyah Al-islamiyah (MATRI). Setiap kali berusrah dengan almarhum, dia akan bawa makanan, dan minuman yang enak dan menyelerakan. Dan, setiap awal bulan, Almarhum akan, memberi kami majalah 'HALUAN' untuk dibaca. Selain itu beliau akan, memotong keratan akhbar yang berkaitan dengan SPM dan soalan2 berkenaan SPM akan dikumpulkan dan diberikan kepada kami anak usrah beliau untuk membuat ulangkaji. Almarhum juga, sering mempelbagaikan aktiviti usrah dengan riadhah, bergotong royong, dan juga pergi ke rumah beliau. Almarhum sering sahaja tersenyum bila berjumpa dan merai'kan anak didik beliau walau selepas tamat persekolahan. InsyaALLAH, beliau diabadikan dalam kalangan para solehin". (Hilmi Razak, SPM 2007)

"Arwah termasuk team seniors yg istiqomah beriadhah di Perlis; umur late 60s" (Ustaz Muzakkir Che Ani)



*Cikgu Desa Senawi telah kembali menghadap Allah s.w.t pada hari Khamis tanggal 23 Jun 2011 pada jam 11.40 pagi di Hospital Kangar, Perlis setelah umurnya dihadiahkan untuk jihad dan pengorbanan di jalan ALLAH s.w.t. Al-fatihah.

3 comments:

  1. Ya Allah.. perkongsian enta seakan dekat dgn jiwa ini zul,
    sayu membacanya.

    cg desa antara cikgu yg sentiasa mengambil berat akan anak muridnya,
    perwatakan dan smgt org muda yg ada dlm tubuh tua itulah membuatkn kita anak-anak didiknya sentiasa senang hati dan bahagia apbl bersamanya.

    benar, antara ana dan cikgu,
    antara enta dan cikgu,
    kita masing2 ada kenangan indah bersama cikgu desa.

    moga Allah merahmati cikgu.

    Anak didikmu,
    ~ Pelaut Rabbani ~

    ReplyDelete
  2. Sentuhan Murabbi, sentuhan mencengkam, mencengkam kalbu yang suram, hingga cahaya menerjang !

    ReplyDelete
  3. Al marhum juga pernah menjadi ayah Halaqah ana. Semoga Allah merahmatinya... :(

    ReplyDelete