-Bersama rakan-rakan di surau Taylor's College- |
Rumah No 37, Taman Berjaya.
Beberapa tahun dahulu.
Hatiku tersentak.
Memoriku berputar.
Kembali ke beberapa tahun dahulu
sewaktu umurku masih belasan tahun.
Seorang insan yang telah mewarnai
perjalanan tarbiyyahku.
Dia, ibuku.
Seorang wanita berjiwa cekal. Seorang
isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang guru di sekolah. Hurm,
istemewanya dia bagiku kerana selain semuanya itu, dia murabbiyah unggul
dirumah kepada anak-anaknya.
Cukup untuk aku katakan betapa
bersyukurnya aku lahir daripada kandungan seorang ibu mithali ini. Seorang ibu
yang Allah telah bekalkan dengan kefahaman Islam sehingga dirinya itu dapat
membimbing aku sejak dari kelahiranku untuk melayari bantera kehidupan ini.
Itu ibuku.
Tidak cukup agaknya pena ini hendak menulis bingkaian kehidupan wanita pertama dalam hidupku ini. Seorang yang kehidupannya menjadi cerminan buatku dalam semua gerak langkah hidupku.
Tapi.
Aku tetap ingin berkongsi.
Satu pengajaran berharga yang aku dapat
dari ibuku.
Umurku waktu itu belasan tahun, mungkin
di tingkatan 1 atau 2.
Satu ketika waktu maghrib, di ruang
tamu rumahku. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat. Kebetulan
waktu itu pukul 7.30 malam. Huh, cerita Doraemon sedang ditayangkan. Menjadi
kemestian bagi kami waktu kecil-kecil dahulu untuk menonotonnya. Cerita animasi
Jepun itu selalunya ditayangkan selepas animasi Crayon Shin Chan yang keudara
pada pukul 7 malam.
Kemudian datanglah sosok tubuh itu
kepada aku dan adik-adikku.
“Dah masuk waktu ni, pergi mandi ikut
ayah pergi solat maghrib di surau”, kata-katanya menghembus.
Aku dan adik-adik terus menonton. Ibu
sangat baik kepada kami. Tak pernah dia meninggikan suara memarahi kami.
Doraemon yang sedang ditayangkan itu terus kami tonton.
Ibu tidak cepat melatah, bahkan dia
seorang murabbiyah.
“Kalau seseorang tu dia mengutamakan
sesuatu itu lebih daripada sesuatu yang lain maknanya dia telah menjadikan
perkara itu ILAHnya. Kalau lebih utamakan Doraemon, Doraemon itulah yang jadi
ILAH kita”, ibu menambah.
Ketika itu.
Aku tidak mengerti.
Tidak mengerti.
Tapi.
Ketika ini.
Aku sangat mengerti.
Persoalan ILAH ini rupanya sangat
‘crucial’ dalam kehidupan kita sebenarnya. Saat kita sebagai muslim melafazkan
kalimah “asyhadu an la ILAH illa ALLAH”, saat itulah juga ‘turning point’ akan
hakikat sebenar ILAH dalam kehidupan kita.
Kini, aku mengerti.
Allah adalah ILAH, ertinya hanya dia
yang bisa dan berhak untuk kita sembah. Tiada keutamaan lain selain Allah. Tapi
aku tidak sembah berhala, aku tidak mengaku ada kuasa-kuasa lain yang lebih
hebat selain Allah dan aku sangat yakin kepada Allah. Masakan aku ada ILAH yang
lain. ILAHku adalah Allah.
Tapi.
Aku ada banyak perkara yang lebih
diutamakan daripada Allah. Aku lebih utamakan ‘homeworks’ dan menyiapkannya
dibilik daripada berangkat untuk solat jemaah di surau, aku lebih utamakan
tidurku daripada bangkit menyahut seruan azan, aku lebih sanggup bangun awal
pagi untuk datang awal ke kelas daripada bangun untuk qiamullail, aku lebih
rela solat lewat daripada terlepas kelas, aku lebih rela menatap novel-novel
daripada membaca Al-Quran.
Aku lebih mengutamakan DUNIA daripada
ILAHku.
Ternyatalah memori itu.
Memoriku bersama ibu dahulu rupanya
telah menjernihkan fikrahku.
Di sana hakikatnya ada ILAH-ILAH lain
yang menjadi ‘sembahan’ kita.
Cerita Doraemon itu menjadi saksi, ada
ILAH lain di didalam diri.
Ku sering menguatkan ikrar ini di dalam
diri.
ILAHku adalah Allah.
Ini ILAHku, Apakah ILAHmu?