Al-marhum Cikgu Desa (berbaju maroon) bersama Cikgu Omar |
Eksposisi
Semangat dan stamina Murabbi ini
kelihatan tidak cocok dengan sosok tubuhnya. Tapi itulah perihal murabbi
tercinta al-Marhum Cikgu Desa Senawi. Mula berkenalan dengan al-marhum di MATRI
ketika beliau mula memegang halaqah ana, yang ketika itu masih berada di
tingkatan 4. Seorang guru yang cukup mengambil berat tentang pencapaian
akademik anak didiknya, Cikgu Desa selalu berkongsi cerita, masalah dan
perkembangan kelasnya terutama pelajar tingkatan 3. Besar harapan murabbi ini
mahu melihat kejayaan anak didiknya.
Cikgu Desa seorang yang amat ceria bagi
saya. Sentiasa penuh dengan senyuman. Pengalaman bersamanya bagaikan satu
nostalgia yang tak dapat diulang ganti.
Halaqah
Mingguan
Halaqah mingguan merupakan program wajib bagi setiap pelajar di MATRI.
Cikgu Desa merupakan ayah halaqah ana bersama-sama dengan sahabat Aiman Syafiq,
Abdul Samad, Abdul Hasseeb, dan Ahmad Fikri . Silibus halaqah kami menggunakan
buku “Maza Ya’ni Intimail Islam” karya Ustaz Fathi Yakan. Pada awal perjumpaan,
cikgu menghadiahi kami pen dan buku catitan agar kami dapat manfaat lebih dalam
setiap perjumpaan. Minggu demi minggu, topik demi topik kami habiskan bersama
beliau.
The best part of our halaqah is of course, the feast ! Ini memang part wajib
bagi Cikgu Desa. Setiap kali habis halaqah mesti ada jamuan ringan
kadang-kadang berat, tapi cikgu memang istiqamahkan perkara ini. Anak-anak
halaqah dia memang dah rasa semua jenis masakan Perlis, laksa Kuala Perlis,
pulut mangga, pulut durian, air kelapa muda, nasi lemak dan berbagai jenis
kuih-muih. Memang part yang kitaorang tunggu lepas habis halaqah, “Jom sorang
ikut cikgu ambil makanan sikit dalam kereta”. Ya Allah, rindunya kami !
Cikgu Desa memang kreatif. Walaupun hanya mendapat pelajaran
menerusi halaqah dan bukan secara 'direct' dalam kelas, tapi segala
pelajarannya cukup membekas. Satu lagi part yang best dengan cikgu adalah waktu
berkebun. Cikgu ada cakap bahawa kawasan angkat halaqah dia adalah satu
‘compound’ dekat tempat ambil wudhu’ belakang blok akademik lama MATRI. Kira
ada masanya, halaqah kami akan berubah jadi waktu berkebun. Kami tanam bunga
Jepun kat kawasan itu. Cikgu kata kalau tanam bunga ni, rumput lain memang tak
boleh tumbuh. Kawasan itu memang jadi kawasan angkat kami, kami siram dan
kadang-kadang cabut rumput liar yang cuba tumbuh. Cikgu cakap memang berkebun
ni dah jadi tradisi halaqah pelajar dia. Pokok rambutan yang tumbuh antara Dobi
dengan kantin MATRI itu kata cikgu telah ditanam oleh ‘group’ halaqah
abang Ammar Ismail bersama dia. Sekarang pokoknya besar merimbun, meredupi
anak-anak MATRI.
Seorang
Dai'e
Banyak lagi
kenangan bersama al-marhum di MATRI. Pernah ke Wang Mu pada musim durian,
mencari durian dan makan pulut durian bersama. Pernah juga dia membawa kami ke
rumahnya, mengait kelapa muda,dan minum airnya bersama. Pernah juga membawa
kami menemaninya ke pasar minggu di Kangar mencari laksa beras dan makan laksa
bersama di rumahnya. Pernah juga beramal jamaie bersamanya di Ladang Nenas
Semadong dan berpeluh bersama.
Banyak, sungguh banyak !
Khatimah
Murabbi ini telah dikongsi oleh puluhan
mungkin ratusan pelajar lain di MATRI. Ana rasa cukup bertuah kerana ALLAH
memilih ana menjadi salah seorang daripda mereka. Sungguh pemergian murabbi ini
adalah satu kehilangan buat Ummah ini. Namun, semangat dan keazaman beliau
perlu dijadikan inspirasi dan dicontohi agar kita dapat ketemu dengan ruh ini
di syurga nanti.
Sama-sama kita berdoa !
"Dan (pula) orang-orang yang
datang sesudah mereka, mereka itu berkata; "Ya Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang
telah mendahului kami dengan imandan janganlah Engkau jadikan di dalam hati kami rasa dengki
kepada orang-orang yang beriman; Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau adalah Maha
Penyantun, Maha Penyayang."
(Al-Hasyr : 10)
Respon-respon
bekas pelajar
Ana pernah berlatih sempena merentas
desa dengan sir Desa..nampak semangat yang membuak2 dalam diri dia..ana dan
adik kita,Thaqif Kamdani berlatih di bukit berdekatan dengan rumah Salman
Sukri..waktu berlatih, Sir Desa nampak seperti tak mampu untuk mengejar
kami..tapi,almarhum tetap menghabiskan larian..begitu juga sewaktu berlatih di
tasik melati..juga bersama Thaqif..larian tetap dihabiskan dengan LARIAN, bukan
dengan berjalan..malu juga ana dengan almarhum,sebab ana pancit juga,tapi,sir
tak berhenti langsung..lepas berlatih, mesti ada jamuan..seperti halaqah, sir
juga akan menjamu kami dengan juadah selepas berlatih..semoga ALLAH rahmati
rohnya..amin. (Abdul Malek, SPM 2009)
"Almarhum banyak berjasa kepada
diri ini. Almarhum menjadi ayah angkat semasa diri ini tingkatan 4 dan 5 di
Ma'had Attarbiyah Al-islamiyah (MATRI). Setiap kali berusrah dengan almarhum,
dia akan bawa makanan, dan minuman yang enak dan menyelerakan. Dan, setiap awal
bulan, Almarhum akan, memberi kami majalah 'HALUAN' untuk dibaca. Selain itu
beliau akan, memotong keratan akhbar yang berkaitan dengan SPM dan soalan2
berkenaan SPM akan dikumpulkan dan diberikan kepada kami anak usrah beliau
untuk membuat ulangkaji. Almarhum juga, sering mempelbagaikan aktiviti usrah
dengan riadhah, bergotong royong, dan juga pergi ke rumah beliau. Almarhum
sering sahaja tersenyum bila berjumpa dan merai'kan anak didik beliau walau
selepas tamat persekolahan. InsyaALLAH, beliau diabadikan dalam kalangan para
solehin". (Hilmi Razak, SPM 2007)
"Arwah termasuk team seniors yg
istiqomah beriadhah di Perlis; umur late 60s" (Ustaz
Muzakkir Che Ani)
*Cikgu Desa Senawi telah kembali menghadap Allah s.w.t pada hari Khamis tanggal 23 Jun 2011 pada jam 11.40 pagi di Hospital Kangar, Perlis setelah umurnya dihadiahkan untuk jihad dan pengorbanan di jalan ALLAH s.w.t. Al-fatihah.