September 18, 2012

BICARA HIPERNOTIKA.


Ini cerita satu molekul.
Tiap hari,
ke luar membran separa-tembus itu ia memandang.
Ia resah,
kala molekul lain tidak endah,
berenang keriangan.

Di lautan cytoplasma itu mereka bermain,
menyisir para organella.

Sang molekul memandang sepi.
Di sudut nukleinya,
ia seakan mahu memanggil mereka pergi.
Tubuh Tuan Sel yang sudah mula berkontraksi,
tanda mereka sekejap lagi juga akan ditarik pergi.

Sang molekul berkeluh sepi.
Menunggu masa mereka dihanyut pergi.
Saat ikatan tekap-lekap mereka terurai,
sang molekul bersama mereka pergi.

Tuan Sel yang menunggu mati,
Sang molekul yang langsung mengiringi,
Iringi nasib yang  tidak pasti.

Sang molekul ini,
Miliki nuklei pessimisma,
ATP yang tidak mampu di utilisasi,
Ikatan lekap-tekap yang longgar.

Dicelahan liang membran separa-tembus itu,
Engkau dapat melihat,
ia dihanyut pergi.



[Hypertonic refers to a higher concentration or has a greater degree of tone or tension. A cell in a hypertonic solution has a lower concentration of solutes than its surroundings, leading to a decrease of water in the cell. Water will leave the cell by means of osmosis and cause the cell to crenate. Crenation is a crinkling up process.]

March 10, 2012

The Hunger Games.



Prologue.
When we think about starvation, famine, and hunger, do we all know what actually happen? What’s actually going on in this world? How this could even happen when we claimed humanity is in the age of its science and technology advancements? Do we really out of food? Do we need a bigger earth to feed all people? Do we need to stop and think a way to maintain or reduce the current total human population? What is the solution? What actually happen?

In my academic sphere there is seems a tug of war between the idea of decreasing human population and increasing food production.

There was once, a presenter in my class on a topic ‘Solution on Global Population Growth’ asked for votes to their suggested solutions; reduce the population or increase food production.  The votes really did go on equal sides.

Even there was one who proposed for mass human extermination as the solution. But, of course she was just trying to make a joke.

Inspiration.
Last year, I attended a public lecture by Bro. Hamza Tzortis and he said something that was very profound. He said, “Don’t ever tell me that we don’t have enough foods to feed the people when in one corner of the world thousands of people died because of obesity where on another thousands were dying because of starvation”.

The inspiration also came from my environmental science professor, Monika Havelka when she told us a story of world leaders in a conference. One of the European leaders addresses his desolation towards Bangladesh, one of the countries with high population density.  He said “Your country should stop your population growth which had put a burden on this earth to feed them and sustain the global ecosystem”. Then the Bangladesh representative said, “You know what, my 10 children consume much less than a child of yours. Tell me all of this when you stop buying X-Box and all other stuffs for your kids [when all of you start to consume less]”.

Now, let’s us explore the story. It is the story of women walking hundreds of kilometers to secure food for her children. It is the story of the children in a line for their entire day just to obtain water for their families. It really bothers me.  But, the stories really start to catch my attention when I learn about the sciences behind it.  I explored the issue in the topic of ‘Population Biology and Human Population’ under my environmental sciences studies. I will be talking about the sciences behind the stories. And try to tell you what actually happen.

Food Security.

Food security is the term coined to the problem of ensuring people getting their minimum requirement of foods/nutrients to perform their day to day activities.

So, to ensure food security, there is two basic issues.

Production-related and distribution-related issues.

to be continued...





March 1, 2012

Membangun Sebuah Ideologi.

Photo credit [here]

Kita dan Realiti.
Hampir 7 bulan saya berada di bumi Kanada. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Molekular Biologi di bawah program sains hayat di Universiti Toronto. Sepanjang pembelajaran disini  berbagai kejutan dan pengalaman baru dialami. Sebagai seorang pelajar jurusan biologi suka saya memperkatakan mengenai topik kali ini dari lensa akademik saya.

Terkejut juga saya apabila sampai dan melihat bagaimana subjek sains biologi diajar disini. Antara kepelikan yang paling utama ialah bagaimana masyarakat akademik disini mengangkat teori evolusi sebagai asas bagi pembelajaran ilmu biologi. Secara konseptualnya ilmu biologi biasanya diasaskan melalu teori sel (Theory of Cell) dimana unit asas bagi setiap organisma hidup ialah sel. Tetapi disini beserta teori sel ini ialah teori evolusi (Theory of Evolution) dimana premis utamanya ialah setiap organisma hidup berkongsi moyang yang sama (common ancestor). Dua konsep ini dianggap asas disini dan subjek evolusi merupakan subjek wajib di tahun pertama bagi semua pelajar jurusan sains hayat.

Namun, tidak semua konsep yang dipelajari didalam subjek evolusi adalah salah dan perlu ditolak. Tidak. Sebagai mereka yang berpelajaran kita perlu adil dalam menilai pendapat orang lain dan menganalisa sesuatu secara tepat. Kebanyakan idea didalam konsep ini merupakan sesuatu yang ‘common sense’ dan mampu dicerna oleh sesiapa sahaja . Tidak dilupakan ada juga yang ‘not making any sense’.

Tetapi bagi saya apa  yang membimbangkan tentang kaedah pengajaran biologi dari sudut pandang evolusi ialah sekularisasi ilmu. Dengan adanya evolusi kononnya terjawablah asal usul sesuatu spesies. Mereka tidak perlukan lagi Tuhan untuk menjelaskan diversifikasi spesies bakteria, arkaea, tumbuhan mahupun haiwan yang wujud di muka bumi ini. Didalam subjek ‘Diversity of Species’ misalnya saya belajar mengenai bermacam jenis organisma dengan berbagai jenis morfologi, berbagai jenis cara makan, berbagai jenis cara membiak dan berbagai jenis adaptasi untuk hidup di persekitaran yang berbagai. Tetapi akhirnya mekanisma evolusi yang mendapat tempat sebagai punca bagi semua diversiti ini. Akhirnya ilmu menjadi kering dan langsung tidak membawa manusia kembali mengangungkan Sang Pencipta. Jadilah ilmu sekadar makanan akal yang tidak dapat membangkitkan ruh.

Proses sekularisasi ini bukan sahaja menjangkiti pendidikan biologi malah pendidikan itu sendiri secara keseluruhannya. Malah bukan sahaja sistem pendidikan tetapi meliputi sistem kekeluargaan, ekonomi, politik dan sebagainya umumnya pada realiti hari ini.

Ideologi dan pendokong.

Sesuatu ideologi tidak akan mampu bangkit malah wujud tanpa ada pendokongnya.

Ini merupakan suatu kenyataan yang saya rasa mampu diterima oleh semua. Sekularisasi dalam pengajaran subjek biologi tadi ialah kerana adanya mereka yang terima, yakin dan mengembangkan ideologi evolusi itu tadi. Misalnya, profesor-profesor disini telah menghabiskan masa muda mereka menelaah, mengkaji, menganalisa untuk menjustifikasi kebenaran ideologi ini. Ideologi ini kemudiaannya dikembangkan dengan diajar kepada pelajar-pelajar mereka. Usaha mereka nampak keberhasilannya melihatkan bagaimana buku-buku teks biologinya kini diolah dengan cara pandang evolusi baik dari sudut terminologi hingga kepada konsep-konsep. Ya, ideologi ini bangkit dengan usaha pendokong-pendokongnya yang meyakini akan kebenarannya dan menganggap sudut pandang ini yang patut diterima oleh masyarakat umum.

Ingin saya perjelaskan lagi, bahawa ilmu itu mungkin sama tetapi pendokongnya akan menentukan halatuju dalam konteks ini ilmu itu. Ingin saya berikan contoh disini bagaimana saya diajar subjek biologi di bangku sekolah menengah dahulu. Kelas kami akan dimulakan dengan bacaan doa. Seringkali ayat-ayat Al-Quran diselitkan didalam pembelajaran kami. Ketika menerangkan konsep embriologi, Al-Quran menjadi sandaran. Malah pernah soalan pertama dalam ujian bulanan kami ialah ayat Al-Quran yang merujuk kepada sesuatu konsep biologi. Akhirnya ilmu yang diperoleh tidak lain tidak bukan membawa kami lebih dekat dengan Sang Pencipta.

Isinya sama. Tapi, cikgu yang berbeza. Pendokong ideologi berbeza. Pendokong berminda evolusi akan menerjemahkan sesuatu dengan cara pandang sekularnya manakala pendokong fikrah Islam akan menerjemahkan sesuatu dengan cara pandang Islam yang akan mendekatkan penerimanya kepada Allah SWT.

Apa Ideologi @ Fikrah Kita.

Begitu juga halnya dengan Islam yang kita sayangi dan yakini ini. Kita terima dan yakin bahawa cara pandang Islam patut diterima dan diimplementasi oleh masyarakat umum. Sebagaimana mereka –mereka yang saya sebutkan tadi terima dan yakin ideologi mereka sebagai yang terbaik dan perlu diimplementasi dalam bidang pendidikan mereka. Jika mereka tiada penerimaan dan keyakinan, pastinya tidak akan ada usaha untuk mengembangkannya.

Inilah hakikatnya yang perlu ada bagi mereka yang menggelar diri mereka sebagai pendokong-pendokong Islam kerana sunnatullah itu sama. Perlu ada keyakinan, keikhlasan, semangat dan usaha untuk menyebarluaskan fikrah atau cara pandang yang anda yakini. Kemandulan dalam usaha penyebaran dan pengembangan ini bererti berlaku kelonggaran pada fikrah yang anda yakini. Kriteria pendokong inilah yang digariskan oleh Imam Hasan Al-Banna sebagai rukun pemuda  :

1. Keimanan
2. Keikhlasan
3. Semangat
4. Usaha/Amal

Teliti dan susurilah sejarah dan anda akan melihat pendokong apa jua ideologi pasti akan mempunyai ciri-ciri ini. Jadi apa cara pandang kita? Apa fikrah atau ideologi yang kita perjuangkan? Bagi para pemuda ketahuilah bahawa kemampuan yang ada pada anda mampu untuk membina dan membangunkan apa jua ideologi. Justeru Imam Banna berpesan:

"Kamu perlu berfikir masak-masak, gandakan usaha, tentukan pendirian, tunaikan segala hak ummah, dengan segala keistimewaan yang kamu miliki"

Buatlah pilihan yang tepat. Allah berfirman:

"Dan ini jalanKu yg lurus, kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yg lain), nanti kamu berpecah dari jalanNya ....." (Al-An'aam:153) 

Penutup

Justeru, ingin saya serukan kepada para pemuda. Diri anda adalah lebih daripada apa yang anda fikirkan tentangnya. Ketahuilah seperti yang saya sebutkan tadi bahawa potensi dan kemampuan yang kita miliki mampu untuk membangunkan apa jua ideologi. Sepertimana professor-profesor saya di usia muda mereka mampu membangunkan ideologi evolusi dan sekularisasi ilmu mereka, begitu jua kita yang pastinya memiliki kemampuan yang sama.


Jikalau anda mencari ideologi untuk didokong, dokongilah Islam. Yakinlah bahawa hanyasanya ideologi (jalan) ini yang diredhai oleh Allah. Sertakan pula dengan keikhlasan. Padukannya dengan semangat. Dan beramallah dengan fikrah itu. Beserta semua ini dan bantuan dari Allah, Inshallah kita mampu melakukan perubahan kearah pembaikan !


Maaf jika saya banyak menyentuh tentang biologi di awal artikel ini. Memang saya ada minat mendalam dalam bidang ini. Terus terang dalam ilmu biologi terlalu banyak misteri yang belum terungkai dan tiada ‘absolute answer’ tentang sesuatu. Semuanya berubah. Jika saya ingin menasihati para evolusionis, saya akan mengungkapkan kata-kata Nabi Musa a.s apabila ditanya Firaun tentang Tuhannya:



"Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap sesuatu kejadiannya, kemudian memberikannya petunjuk.(Taha: 50)"

Alfaqir Ilallah,
SYED ZULFAQAR BIN SYED MOHD KHAIR
Pelajar jurusan Molekular Biologi,
University of Toronto, Kanada.

February 18, 2012

March to the front !



[ARABIC LYRICS]
والله لن أنسى مسجدنا الأقصى * وقبة الصخرة تبكي من الحسرة

تقول يارباه , ياواهب الحياه * بعونك اللهم , أكتب لنا النصر

وشجرة الزيتون بغصنه الحنون * يبكي على شهداء أرضنا الحرة

يلوعة النفس عليك ياقدس * وأنت في البلوى والعيشة المرة

ياإخوة الاسلام سيروا الى الأمام * بالعزم والاقدام بصحبة القرآن

هيا اهتفوا ياإخوتي *** استقضي يا أمتي *** ياإخوة الاسلام

ياإخوة الاسلام سيروا الى الأمام * بالعزم والاقدام بصحبة القرآن

النور في أيدينا وربنا يحمينا * قرآننا يهدينا في ساحة الايمان

هيا أرفعوا القرآن وحطموا الأوثان * وحرروا الانسان من قبضة الطغيان

هيا اهتفوا ياإخوتي * استقضي يا أمتي * هيا أعيدي بسمتي كسابق الأزمان


[ENGLISH TRANSLATION]
By Allah, I will never forget our Masjidul Aqsa *
And the Dome of the Rock which they are now crying in grief *

O' my Lord, O' the One who granted the life * 
With Your help, write for us the victory *

And the trees of Zaitun with their gently moving branches *
Weeping for the martyrs of our free land *

Hearts are tormented for what beholds you, O' Quds *
And you are in affliction and dignified time *

O' brothers march to the front !*
With determination, courage and Quran as comrade *
Let's shout out loud my brothers! * 
Wake up my ummah ! *
O' all brothers ! *

O' brothers march to the front !* 
With determination, courage and Quran as comrade *
The light is in our hand  and our Lord will defend us *
Our Quran will guide us in the courtyard of Iman
Let us uphold the Quran and smashed the idols *
And let us free the people from the grip of the tyrants*

Let's shout out loud my brothers! * 
Wake up my ummah ! *
Let's us return the smile of the past *


 *For humanist: It was estimated that there are 4.6 million Palestinian refugees now camping in Syria, Lebanon, Jordan, West Bank and Gaza Strip. They were displaced and denied to return home since 1948. 
 *For Muslims: They are our brothers. And that is enough for me to say about it. You know what the status hold.


January 31, 2012

Sakit gigi.


Argh, sakit, memang sakit.

Sakit gigi memang antara sakit yang mengancam kesakitannya. Allah izin minggu lepas gigi geraham atas belah kiri tiba-tiba terasa sakit. Tiada kata yang dapat meggambarkan denyut kesakitan yang dialami. Tambahan minggu itu pula ada test dan quiz yang menanti. Fuyoh, pressure plus tension plus sakit.

Sakit berhikmah.

Sebagai seorang muslim saya percaya bahawa disebalik setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Pasti, sangat pasti. Dan pastinya kesakitan yang mengganggu ini mengandungi sesuatu yang hendak diberikan oleh Allah S.W.T. Malam hari saat gigi mula sakit memang tak boleh tidur. Sakitnya smapai terbangun pukul 4 pagi kerana menahan sakit. Mujur ada panadol yang dibawa dari Malaysia. Bolehla tahan sikit untuk 4-5 jam seterusnya.

Keesokan paginya ada meeting untuk Daawah Booth UTM MSA. UTM MSA adalah singkatan untuk University of Toronto at Mississauga Muslim Student Association, persatuan pelajar muslim di universiti saya. Semester ini UTM MSA menggerakkan inisiatif untuk mengadakan booth seminggu sekali di sekitar universiti untuk menerima persoalan komuniti kampus mengenai Islam. Saya pastinya tiada pengalaman dalam perkara sebegini tapi rasa tertarik untuk melihat dan mengambil pengalaman dari komuniti muslim disini.

Argh, gigi masih sakit lagi.

Meeting itu disertai oleh beberapa orang brothers yang lain. Saya tiada pengalaman ke klinik sebelum ini jadi saya bertanya kepada seorang brother sekadar untuk mendapatkan info.

Assalamualaikum brother, have you been to any clinics before?
You mean the daawah clinics?
No, no. The health clinics, dental clinics to be exact.
Owh, dental clinics, sorry I thought you mean the daawah clinics just now. Haha.

Huhu, mantap betul kalau cari daawah clinics. alhamdulillah Allah izin brother tu memang familiar dengan klinik gigi berdekatan. Dia suggest kepada saya untuk ke klinik yang dia biasa dapatkan rawatan.

Are you okay to go to the clinic that I used to?
I'm fine. No problem at all.
All right, i'll make an appointment with the doctor and I'll take you there. The doctor is Dr. Hassan El-Awour. I'll try and check the latest appointment for today, and if we cannot make it we'll go on friday. So, basically we have two options. Is it okay with you?
Sure, no problem.

Subhanallah, Allah mempermudahkan segalanya. Ini first time sembang dengan brother ni. Tengok-tengok terus dia offer untuk bawa saya berjumpa dengan doktor. Mashallah osemnya brother ni. Allah izin haritu temujanji semuanya penuh. Kami akan ke klinik pada hari jumaat.

Trip tarbawi.

Ahamdulillah sayyidul ayyam pun tiba. Malam tadi dapat satu emel dari brother tu. Mashallah rupanya dia dah siapkan instruction untuk ke klinik tu dalam word doc. Siap nombor bas dengan masa bas datang dan bertolak. Serba lengkap.

Hari tu keluar kelas awal sikit sebab nak kejar bas pukul 10 pagi tu.

Nama brother ni Karam. Dia berasal dari Ramallah, Palestin. Katanya datuknya berasal dari wilayah Khalil jadi keluarga mereka mesra digelar Khalili (merujuk kepada wilayah asal mereka). Tapi sekarang takde nak jumpa Khalil dah, dalam peta mungkin kita akan jumpa Hebron. Memang sejak penaklukan Palestin nama-nama wilayah sekitar telah ditukar kepada nama-nama yahudi.

Lahir di Arab Saudi dan zaman kanak-kanaknya dihabiskan di Palestin dan Saudi. Sudah hampir 11 tahun keluarganya menetap di Kanada. Raut wajahnya sangat tenang dan bercahaya. Kira boleh hilang gundah gulana dengan menatap wajah dia ni. Perwatakannya soleh dan kini di tahun dua pengajian perdagangan.

Brother Karam ini seorang yang sangat cenderung kepada idea 'jalan yang paling dekat kepada Allah adalah melalui penghayatan kepada penciptaanNya'. Allah izin dia merupakan khatib kedua untuk solat jumaat di kampus pada hari tu. Dan dia bercadang untuk mengetengahkan tajuk ini didalam khutbahnya.

Subhanallah perjalanan hampir sejam itu kami isi dengan perbincangan mengenai isi khutbahnya. Saya dalam jurusan biologi jadi dia minta banyak pendapat sebab fakta-fakta yang nak dibawa dalam khutbah nanti keseluruhannya terkait dengan ilmu biologi. Disini mungkin akan saya kongsikan sedikit dari perkongsian kami :

1)Perasan tak tatkala kita melihat seseorang sedang tidur badannya akan beralih kekanan dan kekiri. Pergerakan ini amat penting bertujuan untuk meminimumkan tekanan pada satu sisi badan sahaja. Menariknya lagi Allah tak beri kita pusing satu arah (kekanan sahaja atau kekiri sahaja). Bayangkanlah kalau kita pusing satu arah je ! Ini ada Allah firmankan, 'Dia yang membolak balikkan kamu ketika tidurmu'.


Dalam tidur pun Allah jaga kita ^_^ 

2)Ikan Allah ciptakan dengan mekanisma yang unik dimana mereka dapat analisa tekanan didalam air. Aspek ini sangat penting kerana tekanan di permukaan dan di lautan dalam sangat berbeza. Di lautan dalam, tekanannya terlalu tinggi dan ikan yang tinggal disitu telah dilengkapi dengan organ dan struktur untuk menghadapi tekanan itu. Profesor saya kata, ada researcher yang bawa ikan dari laut dalam ke permukaan dan ikan ini meletup kerana badan mereka tidak dapat tahan tekanan yang rendah.


Ikan pun Allah aturkan urusannya ^_^

3)Kita mungkin melihat batu sebagai satu objek biasa. tapi bagi yang belajar dan mengambil subjek geologi seperti saya kita akan melihat batu-batu yang Allah cipta telah direka dengan penuh kompleks dan struktur yang rapi. Kebanyakan batu mempunyai struktur kristal tersendiri dialam mikro. Dan apabila dipecahkan, sesetengah batu akan membentuk pecahan-pecahan dengan bentuk tersendiri. Ada yang pecah menjadi kiub-kiub kecil (Quartz), rombus-rombus kecil (Halite) malah ada yang pecah menjadi kepingan-kepingan senipis kertas (Biotite).




Indah aturan Allah hatta batu sekalipun ^_^
(Biotite-Anda boleh 'koyakkannya' menjadi keping-kepingan)
 



Dan banyak lagi.

Subhanallah. Tuhan kita Maha Pencipta.

Bother Karam juga sempat memetik ayat Quran yang sungguh istimewa. Yang menceritakan perihal Tuhan kita. Tatkala Nabi Musa a.s ditanya oleh Fir'aun mengenai Tuhannya. Musa a.s berkata:




"Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap sesuatu kejadiannya, kemudian memberikannya petunjuk."


Penutup.

Subhanallah.

Sakitku kali ini bererti.

Buat yang bisa mengambil tafsir.