April 22, 2013

Hanya gerhana bukannya terbenamnya mentari.


Apabila gerhana,
burung-burung tidak pulang kesarangnya kerana mereka tahu bahawa hari masih terlalu awal dan malam masih belum tiba manakala segala kegelapan yang sedang menyeliputi itu hanyalah sementara dan sampai saatnya mentari kan megah menyinarkan cahayanya dan menerangi segala kekelaman yang membuahkan keraguan dan keputus asaan itu. 

Begitu juga Da'ie,
yang merindukan saat pertemuan dengan Robbnya; dalam apa saja kegelapan dan tekanan ia takkan pernah berputus asa dan harapan bahkan sentiasa mencari ruang peluang untuk mengekspresikan keimanannya kepada PEMILIK diri, alam dan kehidupan.

Ia
lalu cuba mempelajari sunnatullah tentang liku-liku perjalanan mencari Mardhatillah sehingga jiwanya menjadi lapang dan pasrah berdepan dengan apa saja ujian. 

Cintanya
pada PEMILIK Syurga menjadikan segala kesulitan kembali terungkai, yang berat menjadi ringan,perjalanan yang jauh terasa dekat dan segala keresahan dan keraguan terungkai menjadi bunga-bunga yang harum mewangi. 

Hatinya
terasa begitu dekat dengan perjuangan Rasul tercinta hingga terasa seperti segala luka-luka dan keperitan Baginda seperti mengenai tubuhnya sendiri hingga terasa hati mereka seumpama bertemu dan membuahkan Cinta dan Rindu. 

Semakin perit
perjalanannya semakin penuh hatinya dengan kecintaan dan kerinduan bahkan cinta dan rindu itu mengusir segala kedukaan dan keresahan. 

Cinta itu
menjadikan hatinya kembali bercahaya, lalu dengan cahaya itu ia menoleh semula melihat kehidupannya dan ternyata segalanya terlalu berbeza. 

Cahaya cinta 
itu telah menyingkapi segala kegelapan lalu ia kini sedar bahawa segala bayangan yang menakutkan dan mengecewakannya sebelum itu adalah taman-taman yang begitu indah. 


Bayangan
lembaga hitam yang menggerunkan jiwanya ialah pohonan hijau yang menenangkan jiwa, jeriji-jeriji disekelilingnya adalah pagar-pagar yang indah dan menenangkan.

-Cikgu Azmi Bahari-

April 21, 2013

Relevansi Bangsa: Satu pandangan.



           
Aku Melayu Muslim atau Muslim Melayu? Atau aku ni Melayu? Atau aku ni Muslim? Atau aku ni Malaysian?

            Saya selalu diraut isu identiti. Isu keistimewaan Melayu yang saya lihat ketidakadilannya, perpaduan antara masyarakat berbilang kaum yang mustahil kelihatannya dan sebagainya sering sahaja menguasai benak diri. Sering juga tertanya-tanya apakah sebenarnya nilai sebuah bangsa? Apakah pula relevansi perjuangan bangsa?

Isu bangsa telah menjadi satu isu yang problematik terutama dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Bermula dari saat awal kebangkitan kesedaran politik di Tanah Melayu yang dijuarai golongan nasionalis, isu relevansi atau komplementasi Islam dan bangsa mula menjadi subjek pertikaian. Isunya kian meruncing dengan pembentukan parti-parti politik berasaskan perkauman dan persepsi akan eksklusiviti Islam kepada bangsa Melayu di Malaysia.
Isu bangsa telah menjadi satu isu yang problematik terutama dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia
Suasana politik baru-baru ini juga menambah tanda bahawa isu ini masih dalam pertikaian. Komitmen PAS tidak pernah berubah. Dari awal lagi seruan PAS adalah Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin dan menolak keras pemahaman perkauman sempit UMNO/BN. Malah seruan TGNA kekal sama bahawa PAS sedia dibubarkan dan menyertai UMNO andaikata faham nasionalis sempit mereka ditanggalkan.

Namun muncul pula seruan baru, yang berkomitmen mengangkat Islam dengan bangsa Melayu secara teras. Seruan ini yang mula dipopulari oleh ISMA yang bertanding atas tiket BERJASA pada PRU-13 akan datang seakan memberi alternatif baru akan hubungan Islam dan bangsa. Adakah ini alternatif yang ditunggu?

Melayu-Islam dalam homogeniti masyarakat di Tanah Melayu.

Tidak dinafikan bahawa Islam sangat sinonim dengan bangsa Melayu di Malaysia. Hal ini kerana hubungan sejarah Islam-Melayu yang sangat lama dan kaya. Islam terlalu banyak sumbangannya buat Malaysia. Dan bangsa Melayu yang mengambil Islam pada zaman awal sejarah telah dianugerahkan kisah ketamadunan yang harum dan agung dengan Islam. Empayar Islam Melayu Melaka mekar bunganya didalam sejarah. Hingga ada sejarawan barat yang mengibaratkan Kota Melaka yang ditadbir Muslim ketika itu sebagai “Venice of the East” dek kerana tahap ketamadunan dan taraf hidup yang tinggi masyarakat Melaka. Tidak dapat dinafikan Islam telah mengangkat bangsa Melayu. Dan Islam-Melayu dilihat bergerak selesa. Isu Melayu dan Islam tidak timbul kerana homogeniti masyarakat ketika itu, yang hampir keseluruhannya dari bangsa Melayu. 
Isu Melayu dan Islam tidak timbul kerana homogeniti masyarakat ketika itu, yang hampir keseluruhannya dari bangsa Melayu
Tetapi Allah mentakdirkan perubahan dalam masyarakat Tanah Melayu. Negara ini bakal membentuk struktur masyarakat baru. Pembinaan masyarakat baru ini bermula zaman awal pra-kemerdekaan dimana Tanah Melayu mula dibanjiri rakan-rakan dari bangsa Cina dan India atas inisiatif British untuk ‘memajukan’ ekonomi Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak yang bersama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada tahun 1963 terus merombak homogeniti masyarakat di Malaysia. Kini sifir mudah Malaysia sama dengan Melayu mula pudar dalam masyarakat. Bangsa Malaysia mula sedar bahwa telah dimulai sejarah baru dan masyarakat berbilang kaum merupakan satu realiti buat Negara ini.

Melayu-Islam dalam masyarakat Malaysia baru.

            Jika sifir Malaysia sama dengan Melayu telah kelihatan seperti bertemu penyelesaian baru, sifir Melayu sama dengan Islam nampaknya masih bertemu penyelesaian yang sama walaupun kelihatan penghasilan beberapa jalan kira yang baru. 

            Namun jelas realitinya sudah berubah. Suasana politik sudah bertukar. Kesinoniman Melayu-Islam tidak akan lagi menepuh zaman selesa. Islam masih sinonim dengan Melayu. Tapi masyarakat pula sudah berbilang bangsa. Memang tiada salah Islam disinonimkan dengan Melayu, tetapi kesinoniman itu perlu ditimbang, jangan sampai salah ukurannya.

            Tidak dinafikan, kesinoniman Islam dan Melayu telah mengundang beberapa tanggapan negatif. Antaranya ialah Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam. Kesannya Islam dilihat eksklusif untuk bangsa Melayu. Tanggapan yang kedua  adalah persepsi negatif masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Masalah sosial dan korupsi yang dibudayakan bangsa Melayu telah memberi persepsi buruk ini kepada Islam.
sifir Melayu sama dengan Islam nampaknya masih bertemu penyelesaian yang sama walaupun kelihatan penghasilan beberapa jalan kira yang baru
            Saya adalah insan yang tidak setuju akan eksklusiviti Islam kepada sesuatu bangsa. Biarlah betapa besar pun perannya atau betapa lama pun sejarah Islam nya, Islam tetap Islam dan Islam tetap rahmatan lil ‘alamin (rahmat buat sekalian alam). Rahmat Islam merentasi sempadan sempit perkauman dan bangsa. Islam tidak wajar dijaja untuk dipertahankan dengan mainan sentimen rasis perkauman. Umat Islam tidak wajar disatukan atas kesatuan sebagai satu bangsa kaum. Muslim dan seluruh manusia merupakan ummah yang satu (ummatan wahidatan), Allah Rab buat sekalian ummah manusia dan Nabi Muhammad adalah utusan dan rahmat buat seluruh ummah manusia. 

Biadap sungguh kita mengeksklusifkan Islam dan mencanang kononnya bangsa kita sebagai ‘caretaker’ buat Deen ini. Jika Islam mempunyai ‘caretaker’nya dari kalangan manusia sekalipun, ianya adalah seluruh bangsa Muslim bukan hak eksklusif buat Cina, Melayu atau India sahaja.

Hubungan Islam dan bangsa.

Menarik di dalam Al-Quran ada satu surah eksklusif tentang bangsa, iaitu Surah Quraish. Bukanlah surah ini dieksklusifkan untuk bangsa Quraish, tetapi ini adalah satu surah yang dalam pengetahuan saya eksklusif membicarakan tentang perihal bangsa. Surah ini turun pada zaman Makkiyyah, era dimana pembentukan identiti Islam bangsa Arab ketika itu berlaku

لِإِيلَـٰفِ قُرَيۡشٍ (١) إِیلَـٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ (٢) فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَـٰذَا ٱلۡبَيۡتِ (٣) ٱلَّذِىٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٍ۬ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ

"[1] Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy [2] (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka pada musim sejuk, dan pada musim panas [3] Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini [4] Tuhan yang menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan"
Bangsa arab sebelum Islam sangat terikat dengan sentimen perkauman yang menebal melalui struktur kabilahnya. Justeru, tidak hairanlah diturunkan suruh Quraish supaya umat ketika itu mempunyai panduan untuk memakai fabrik bangsa apa dengan identiti baru mereka sebagai muslim. Justeru Allah mahu mengajar kita yang mempunyai bangsa akan dimana tempat letak bangsa dalam identiti Muslim kita. Seruan ini bukan sahaja untuk bangsa Quraisy, tetapi juga kekal relevan buat bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India, bangsa Iban, bangsa Kadazan dan apa jua bangsa yang dipakai oleh manusia.

Surah Quraisy sangat berhubung rapat dengan surah sebelumnya iaitu surah Al-Fil. Didalam surah Al-Fil Allah menceritakan kisah tentera Abrahah yang cuba untuk menghancurkan Ka’bah di Mekah. Persitiwa kekalahan tentera bergajah Abrahah memberi impak politik yang sangat besar kepada bangsa Quraish yang bertindak sebagai ‘caretaker’ kepada Kota Mekah. Semenanjung Arab mula masyhur dengan berita kekalahan tentera bergajah Abrahah di tanah Mekah. Hal ini melonjakkan status Mekah dan Quraisy. Tidak ada kuasa yang berani mencabar status quo bangsa Quraish dan menghampiri Mekah kerana status tanah Mekah sebagai tanah suci yang mendapat penjagaan langsung daripada Tuhan.

أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَـٰبِ ٱلۡفِيلِ (١) أَلَمۡ يَجۡعَلۡ كَيۡدَهُمۡ فِى تَضۡلِيلٍ۬ (٢) وَأَرۡسَلَ عَلَيۡہِمۡ طَيۡرًا أَبَابِيلَ (٣) تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ (٤) فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ۬ مَّأۡڪُولِۭ (٥
 "[1] Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera bergajah [2] Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? [3] Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan [4] Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras [5] Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat."
Kelebihan kepada bangsa Quraisy ini Allah rakamkan dalam Surah Quraish ayat ke-4, bahawa mereka merupakan bangsa yang dikurniakan kekuatan ekonomi (bebas dari kelaparan) dan kekuatan politik dirantau Arab (bebas dari rasa takut). Bangsa Quraisy bebas berdagang tanpa rasa takut di jazirah Arab. Mereka akan menghantar delegasi perdagangan, musim sejuk ke Yaman dan pabila tiba musim panas ke Syam. Selaku ‘caretaker’ Kaabah pula, Quraish mengaut keuntungan ekonomi dan status yang besar. Mereka mendapat keuntungan langsung daripada rombongan yang singgah untuk beribadah di Kaabah. Mereka juga mendapat hak untuk mengurus bekalan air sekitar kaabah. Mereka juga merupakan ‘key players’ dalam setiap keputusan politik di Mekah.
Persitiwa kekalahan tentera bergajah Abrahah memberi impak politik yang sangat besar kepada bangsa Quraish yang bertindak sebagai ‘caretaker’ kepada Kota Mekah
Lihat pula bangsa Melayu. Mari kita letakkan Melayu di tempat bangsa Quraish dan analisa kekuatan dan kelebihan yang Allah beri kepada kita. Kita mendapat nikmat menjadi ‘pioneer’ Islam di Malaysia ini. Allahuakbar, nikmat apakah yang lebih besar dari itu. Kita juga dikurniakan Negara yang mempunyai kedudukan geopolitik yang strategik. Pelabuhan kita menghubungkan perdagangan benua India dan China. Kita juga mempunyai kuasa dan suara politik yang kuat di dalam Negara. Kita juga terkenal sebagai bangsa yang santun dan kaya dengan budaya. Kita juga bangsa kaya sejarah. Tamadun lama kita telah banyak menyumbang dalam mencorak tamadun nusantara keseluruhannya.

Letakkan dan analisa pula bangsa Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Tidak dapat tidak, kita akan mendapati setiap bangsa mempunyai kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri.

TAPI.

Dari manakah datangnya kehebatan Quraish? Dari manakah datangnya kehebatan Melayu? Dari manakah datangnya kehebatan Cina? Dari manakah datangnya kehebatan India?

Kemana pula hendak dibawa kehebatan Quraisy? Kemana pula hendak dibawa kehebatan Melayu? Kemana pula hendak dibawa kehebatan Cina? Kemana pula hendak dibawa kehebatan India?
 
Kehebatan ini dari siapa?

Lihat kembali Surah Al-Fil, dalam pertarungan yang bakal mengambil tempat di Mekah apakah kemungkinannya? Abdul Mutallib bersama bangsa Quraisy bertempur dengan Abrahah, dan mereka meraih kemenangan. Quraish akan diangkat. Sembahan berhala mereka akan diangkat. Ataupun Abrahah menang. Maka Abrahah diangkat. Agama nasrani akan diangkat. Tetapi Allah mentakdirkan keputusan yang berbeza. Allah sendiri yang mengalahkan Abrahah. Allah mahu manusia membesarkannya. Allah mahu manusia mengangkat deenNya. Kemenangan atas Abrahah bukan  kerana kehebatan Quraish. Kehebatan Quraish itu datangnya dari Allah. Allah mahu manusia sedar apa jua kehebatan bangsa mereka, ianya datang daripada Allah S.W.T. Seluruh bangsa manusia harus sedar perkara ini.

Kehebatan ini untuk apa?

Lihat kembali Surah Quraish, Allah menceritakan anugerah kehebatan yang diberikan kepada bangsa mereka. Untuk apa? Falya’budu Rabbahazil Bait. Maka dengan kehebatan ini abdikanlah diri kepada pemilik Rumah (Ka’bah) ini. Allahuakbar, kehebatan yang dikarunia ini bukan untuk eksploitasi bangsa kamu, tetapi hendaklah kamu menggunakannya sebagai alat atau wasilah untuk kamu mengabdikan diri kepada Allah.

Nilai ‘bangsa’ kita.

Semak Surah Al Fil dan Quraish. Inilah nilai bangsa yang harus kita pakai. Saya tolak semua seruan perkauman atas nama Islam. Bagi saya ia mencalarkan kelebihan yang Allah beri kepada kita. Setelah kita dimuliakan dengan Islam ini, sanggup pula kita berikan kredit dengan menyeru kepada bangsa kita.

 Keistimewaan dan kelebihan ini seharusnya kita salurkan untuk Islam. Saya Muslim yang percaya bahawa Islam tidak pernah hidup dalam Utopia dimana Islam cuma akan memimpin atau ‘govern’ Muslim. Tidak sama sekali. Malah sepanjang perjalan sejarah Islam, masyarakatnya berbilang. Semua mereka mendapat hak mereka yang sepatutnya dan mereka hidup aman bersama dibawah keadilan yang diberikan oleh Islam. 

Jika kita mahu Islam memainkan perannya sebagai rahmatan lil ‘alamin buanglah sentimen perkauman dalam siasah kita. Sentimen-sentimen ini walau Islamik manapun ianya cuma akan merenggangkan lagi hubungan dan menjauhkan masyrakat bukan Islam kepada rahmat Islam. 
Islam tidak pernah hidup dalam Utopia dimana Islam cuma akan memimpin atau ‘govern’ Muslim
Siasah kita haruslah dengan nilai universal Islam. Islam mampu didokong sekalian manusia merentasi bangsa dan agama kerana ia adalah sistem nilai yang adil untuk semua. Peran kitalah untuk menunjukkan apa Islam yang sebenar. Justeru masyarakat perlu diterangkan. Sibuk bersiasah jangan ditinggalkan dakwah. Sebab itu tiada ulama’ yang akan mengatakan akan kepentingan siasah melainkan akan disebutkan kepentingan dakwah.

Hebat manapun bangsa kita bukan kerana label bangsa. Kita hebat kerana Allah dan kehebatan ini kita curah untuk DeenNya. Sampaikan rahmat Islam buat sekalian alam!

وَ مَا أَرْسلْنَك إِلا رَحْمَةً لِّلْعَلَمِينَ‏

Tidaklah Aku mengutusmu kecuali untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.

(21: 107)

April 6, 2013

Life Lesson #3 - Getting back up.

Branches of life.

Life is not easy. It has never been. Through the path of life you will always slip and fall.This is an established reality of life.

  (4)لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ
                                          
We are created in difficulties. Hardship, challenges and tests are innate nature of our life. In fact, if we deeply think about it, we just can't live without them. We'll never grow without facing difficulties. We just won't. E.g We grow up because we eat and we eat because we feel hungry.

"Hardship, challenges and tests are innate nature of our life "

So, life will always be problematic. There are instances where we are demanded to do something. Yet when we did, we are demanded to be sincere. You feel guilt enough for not doing it but likewise when you already did it. When we were given ni'mat we need to be grateful at the same time when put into test we need to be sabr and persevere. It's a conflict. Or is it?

Thus, life is our long live struggle. As long as we breathing the air, struggling is the state we are to be in.

One of the biggest struggle is the struggle within ourselves, jihad an-nafs, the struggle of the soul.

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ(40)

We are monsters full of desires (الْهَوَىٰ). We desired almost everything, girls, statuses, leisures etc. The society that that we were born into which was constructed on desires as its main driver of survival,  make the conflict even worst. Now the struggle is doubled, tripled or maybe more. So, Allah says نَهَى. 

نَهَى  (in my limited knowledge) is one of Arabic word of negation. But it is not as simple as denying like saying "I do not..", instead it is an active action of saying no, "Do not..". So, Allah make it clears that the struggle is real. Of course it is. Everybody can testify on it. And it is endless. And the divider is death. I think that's why death is said to be a form of rest upon the believers.

And.

I know.

It is.

Hard.

Really, really hard.

There are so many ups and downs that we sometimes feel tired. I know. I feel you. I sometimes fell helpless and tired too. It is just...argh.

......إِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ

So, once the Prophet (pbuh) shared the above phrase with his companions. He said there is always a state of vigours and in every vigours, there will always be فَتْرَةٌ. 

The stopping points.

This is what scholar regarded as the state of futur. Literally, to stop after being actively moving. One important thing that we have to know about futur is that it is in one aspect same as the Iman. It is something that can't be taught but can be acquired /felt. We can only learn/feel by having it. Thus, futur is a feeling that we acquired through our previous experience with Iman. So, we cant' have futur without having Iman in the first place.

Thus, being futur signifies one big thing!

That once we were STRONG.

Once our hearts are vigours, fulled with Iman!

Indeed our downfalls should always be our motivations to get back up. Our  struggle is essentially meant to be the source of our strength. And that is my point.

"We cant' have futur without having Iman in the first place"

Do not give up ya akh.

It is what it is. It's hard but many people before us had pull through. We can surely finish ours, with success.

Oh, and one more thing. We all know that the biggest reward that we can achieve is to enter paradise and meet Allah SWT, seeing Him in person.

Allah, in the above mentioned ayah does not just end it there. He added:

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ()فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى()

Allah know that we are tired. That's why after we had struggle our best he prepared for us الْمَأْوَى . The resting place. Jannah.

The struggle is our ticket. The ticket for us to check-in into the rest house from Allah SWT.

..................................................

Ya akh, do not despair.

The meeting is certain.


يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيه
"O mankind, indeed you had laboring toward your Lord with [great] exertion and you certainly will be meeting Him"
(84:6)